13 Oktober 2014 - 16:33
Gadis Yahudi juga sertai ISIS

Sendiket pengganas berjaya perangkap gadis hanya melalui jaringan facebook.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berpuluh-puluh remaja Perancis termasuk yang berketurunan Yahudi telah menyertai militan ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria), dedah badan perisikan Perancis.

Sekurang-kurangnya 100 remaja Perancis telah berangkat untuk menyertai pengganas di Syria dalam beberapa minggu ini dan buat kali pertama dikesan pada 18 bulan lalu tanpa sebarang pemantauan daripada pihak berkuasa.

Berasaskan laporan in, pemergian mereka didalangi oleh jaringan radikal yang menyasarkan golongan muda sejak beberapa bulan lalu melalui internet. Peranan yang dimainkan mereka ini ialah menjadi isteri, pengasuh dan pembantu rumah untuk pengganas yang berusaha untuk menegakkan negara khalifah Islam.


Kehilangan: Kamel Ali Mehenni dan isterinya Severine memegang gambar anak mereka Sahra di rumah mereka, Lezignan Corbieres, Perancis.  Gambar di sebelah kiri diambil dari kamera CCTV, menunjukkan anak mereka berada di sebuah stesyen keretapi ketika dalam perjalanan untuk menyertai ISIS di Syria dan Iraq.


Severine Ali Mehenni memegang gambar anaknya, Sahra yang memakai jubah tradisional Islam.

Sehari sebelum dia pergi ke Syria, Sahra menyandang dua beg sekolah besar di bahunya dan menuju ke platform keretapi.

Dalam tempoh dua bulan sebelum itu, remaja perempuan bernama Nora juga telah melakukan perjalanan yang sama dengan berpakaian seperti itu. Padahal abangnya mendedahkan dia selalu memakai seluar jean ketika keluar dari rumah.

Meskipun mereka berdua tidak pernah menjejakkan kaki dalam pesawat, namun kedua-dua mereka telah melakukan perjalanan menepati seperti yang telah dirancang oleh sendiket yang pakar dalam melakukan perkara ini. Tiket Sahra bertarikh 11 Mac dari Marseille ke Istanbul telah dikirim ke akaun rahsia Facebook.

Remaja-remaja yang bermusafir untuk menyertai ISIS berasal dari berbagai lapisan masyarakat walaupun kebanyakannya terdiri dari penghijrah generasi pertama dan kedua dari negara-negara Islam.

Meskipun ISIS sering menyatakan kebencian yang mendalam terhadap Yahudi, namun menurut laporan pegawai yang enggan mendedahkan identitinya, ada remaja perempuan Yahudi yang ikut bergabung dengan pengganas tersebut.


Kehilangan: Sebuah lukisan Makkah kelihatan di atas rak dalam bilik tidur Sahra Ali Mehenni di Perancis. Sahra merupakan salah seorang perempuan dari Perancis yang pergi bergabung dengan pengganas di Syria dalam beberapa minggu ini.



Kecewa: Kamel Ali Mehenni (kiri) dan isterinya Severine bergambar di ruang tamu di Lezignan Corbieres, Perancis. Pasangan ini sudah tiga kali berkomunikasi dengan anak perempuan mereka sejak ia meninggalkan mereka untuk bergabung dengan ISIS. Namun mereka percaya komunikasi tersebut telah berasaskan skrip yang ditulis oleh pengganas.

Selain itu wanita dari seluruh pelusuk Eropah termasuk Britain yang berusia 20 hingga 50 tahun juga turut datang bergabung dengan ISIS.

Namun rangkaian merekrut remaja perempuan itu telah berkembang secara khusus di Perancis sehingga menimbulkan masalah di kalangan komuniti muslim terbesar di Eropah itu.

Keluarga mangsa yang tertekan mengaku bahawa anak gadis mereka menjadi korban penculikan, namun undang-undang Perancis akan melayan mereka sebagai pengganas sekiranya berjaya pulang.

"Ada yang melakukan paksaan diluar kehendak mereka," kata Severine, wanita berketurunan Eropah. "Di sana mereka dipaksa untuk bercakap sesuatu."

Keluarga Ali Mehenni tinggal di rumah kelas pertengahan di Lezignan-Corbieres, sebuah bandar kecil di Selatan Perancis.



Bingung: Fouad El-Bahty bergambar di Avignon, Perancis. Adiknya Nora merupakan salah seorang dari 100 wanita dari Perancis yang meninggalkan tanahair untuk bergabung dengan ISIS di Syria beberapa bulan lalu.



Dokumentasi: Fail undang-undang yang memperincikan siasatan kehilangan remaja perancis Nora El Bahty, yang lari dari rumahnya di Avignon untuk menyertai ISIS pada Januari lalu.

Ketika dia berada di sekolah baru, dia meminta bantuan ibunya untuk memperolehi passport bagi melakukan tugasan sekolah selaku orang dewasa.

Pada pagi 11 Mac lalu, Sahra memberitahu ayahnya bahawa dia akan membawa banyak pakaian ke sekolah untuk mengajar kawan-kawannya memakai tudung. Kamel diragut kebimbangan ketika membawanya ke stesyen keretapi.

Ketika waktu makan tengahari tiba pada 11 Mac, Sahra menelefon kepada ibunya bahawa dia akan makan bersama kawan-kawan.

Video CCTV menunjukkan bahawa Sahra ketika itu telah berada di lapangan terbang di Marseille dan bersiap-siap untuk melakukan perjalanan ke Istanbul. Dia membuat panggilan lebih dari satu kali hari itu termasuk dalam pesawat kata ibunya.

Malam itu Sahra tidak pulang, Ibu bapanya yang risau membuat laporan polis.

Mereka baru sedar ketiadaan passport Sarah pada keesokan harinya.

Semuanya telah dihitung. Mereka melakukan apa sahaja agar perkara tersebut menjadi isu yang kecil. Severine berkata, "Saya tidak pernah mendengar dia berkata tentang Syria, Jihad. Kami seakan-akan ditimpa langit."

Sahra kemudian memberitahu abangnya dalam panggilan ringkas dari Syria bahawa dia telah mengahwini pemuda Tunisia berusia 25 tahun yang baru dikenalinya.

Keluarga Sahra berpeluang berkomunikasi dengannya dua kali sahaja dan beberapa kali dalam Facebook dalam keadaan dikawal ketat. Namun bapanya tidak tahu lagi siapakah yang mengirim pesanan dalam mesej tersebut.

Sahra memberitahu abangnya bahawa dia melakukan pekerjaan yang sama seperti di rumah, iaitu kerja-kerja merapikan rumah dan mengasuh anak-anak. Dia tidak ada rancangan untuk kembali ke Perancis dan meminta ibunya menerima pegangan agama, pilihan dan suaminya.

Keluarga Nora pula kurang tahu tentang jalan keluar dari Perancis, apa lagi jaringan yang mengatur Nora ke Syria dengan satu perjalanan.

Nora merupakan anak ketiga dari enam adik beradik dalam keluarga El-Bahty yang berketurunan perantau Algeria dlam kota perlancongan Avignon. Ibu bapanya mengamalan ajaran Islam namun bukan secara radikal.



Bukan hanya warga Perancis: Beberapa orang pemuda Islam British, termasuk Reyaad Khan (kiri) dan Nasser Muthanna (tengah) dari Cardiff, dan Abdul Raqib Amin dari Aberdeen (kanan) telah pergi ke Syria untuk bergabung dengan ISIS.

Dia telah direkrut dalam Facebook tanpa pengetahuan keluarga. Namun propaganda video telah memainkan peranan sehingga mencetuskan fantasi buat remaja perempuan yang menunjukkan wanita memperagakan senjata api atau kanak-kanak terbunuh dalam peperangan. Video itu juga berulangkali mengecam larangan pemakaian hijab untuk wanita di Perancis sehingga menyakiti hati umat Islam.

Nora berusia 15 tahun ketika pergi ke sekolah pada 23 Januari dan tidak pernah pulang ke rumah lagi.

Pada hari berikutnya, Foad, abang sulungnya sedar bahawa Nora tidak ke sekolah dan mempunyai nombor telefon dan akuan facebook rahsia untuk direkrut sebagai pengganas.

"Tidak lama kemudian saya melihat akaun keduanya itu dan dia sudah ke Syria," kata Foad.

Melalui siasatan polis, keluarganya mendapati Nora telah melakukan perjalanan dengan keretapi laju ke Paris. Kemudia dia menaiki pesawat ke Istanbul dan menuju ke sempadan Turki melalui ejen perlancongan Perancis.

Menurut catatan polis, seorang ibu muda membayar segala-galanya, memberi tempat untuk Nora tinggal di Paris dan berjanji akan bertolak bersamanya sehari setelah itu, namun ibu muda tersebut tidak melakukannya.

Kemungkinan besar Nora ditempatkan bersama kumpulan warga asing Jabha Nusra, cabang al-Qaeda di Syria, kata Foad. Ada cadangan agar dia dikahwini namun Nora menolak sehingga seorang ketua turut campur. Sekurang-kurangnya Nora masih bujang dan menjadi pengasuh anak-anak untuk militan.

Nora pernah berkata bahawa dia ingin pulang ke rumah, dan Foad tidak diizinkan pergi bersamanya.

Dua orang didapati bertanggungjawab dalam kes Nora termasuk ibu muda tersebut. Jaringan pengganas lain menyasarkan wanita telah berjaya dikesan di mana terdapat juga kes seorang gadis berusia 13 tahun sedang bersiap sedia untuk ke Syria, menurut pegawai keselamatan Perancis.

"Gadis-gadis ini bukanlah pergi sebarangan, mereka telah dibimbing seakan-akan dikawal oleh alat kawalan jauh," kata peguam Guy Guenoun sambil menambah, "dan sekarang ia telah melakukan perjalanan ke lubang neraka."